Saya ingin membuat aduan terhadap syarikat bas Transnasional. Saya mengharapkan agar aduan ini diambil perhatian oleh pihak berwajib kerana pada amatan saya, banyak individu lain yang telah membuat aduan terhadap syarikat bas tersebut. Namun, perkhidmatan yang diberikan masih pada tahap yang tidak memuaskan. Untuk makluman, saya telah menaiki bas Transnasional pada 3 Februari 2013. Destinasi [...]