Satu lagi tapak pembuangan sampah baharu telah di buka di Kampung Kelicap, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Kawasan pembuangan sampah tersebut terlalu dekat dengan rumah penduduk (sekitar 30m daripada rumah penduduk terdekat) dan mengabibatkan pencemaran bau dan alam sekitar (air dan udara). Jalan Raya juga menjadi kotor. Selain itu, penduduk berdekatan juga menghadapi masalah lalat yang terlampau banyak membiak.
Sebelum ini, tapak yang sama juga telah digunakan untuk membuang sampah oleh pihak majlis daerah dan telah ditutp 10 tahun kemudian. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh penduduk kampung pada ketika itu. Kampung tersebut didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kesihatan penduduk kampung terjejas akibat pencemaran (sakit kulit dan masalah pernafasan sering diadu oleh penduduk ketika itu terutamanya golongan kanak-kanak dan orang tua). Selain itu, punca pendapatan daripada sektor pertanian dan perikanan turut terjejas akibat pencemaran air.
BACA: Premis Peniagaan Rosak & Tidak Selamat Digunakan di Kampung Temau
Pembukaan semula tapak pembuangan sampah terbabit akan membawa lebih banyak masalah kepada penduduk kampung. Penduduk kampung telah membuat bantahan, namun notis yang dikeluarkan kepada pemilik tanah oleh Pentadbir Tanah daerah batu Pahat hanyalah berkenaan pelanggaran syarat penggunaan tanah. Pemilik tanah disuruh menukar status tanah daripada pertanian kepada tanah perindustrian dalam tempoh 7 hari. Tiada arahan untuk menutup terus tapak pembuangan sampah terbabit.
BACA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Kapit Motosikal
Penduduk kampung telah membuat bantahan kepada beberapa pihak, namun tiada notis penutupan terus tapak pembuangan sampah terbabit dikeluarkan.
Diharapkan akan ada pemberita datang dan membuat liputan terhadap isu ini agar nasib penduduk kampung terbela selain dapat menyelamatkan alam sekitar daripada nafsu buas manusia yang tidak bertanggungjawab.
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan
The post Masalah Tapak Pembuangan Sampah di Kampung Kelicap first appeared on Aduan Rakyat.