Quantcast
Channel: Aduan Rakyat
Viewing all 333 articles
Browse latest View live

Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau

$
0
0

Lokasi bertempat di Kampung Temau, Dong Raub Pahang, Premis perniagaan ini telah berusia lebih 25 tahun, keadaannya telah banyak rosak antaranya siling yang pecah, dinding retak dah terbelah sehingga boleh melihat ke premis sebelah.

Keadaan ini mungkin berpunca dari pergerakan tanah, kerana lantai dan siling telah menjadi renggang dari dinding sehingga berlaku belahan selebar 3cm di dinding. Keadaan dinding terbelah ini adalah selari di keempat-empat dinding premis.

Keadaan ini amat mebahayakan keselamatan dan nyawa peniaga malahan  pelanggan sendiri kerana dinding boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.

Aduan telah dibuat ke Pembangunan Luar Bandar (PLB) daerah Raub, namun tiada tindakan dilaksanakan. Ada beberapa kali gambar premis diambil, namun ia terus senyap selepas itu dan keadaan kedai yang pecah ini berlanjutan sejak tahun 2002.

Premis ini telah dilaporkan terbelah sejak tahun 2002, dan tindakan susulan hanya menampal dinding yang retak dan mengecat semula. Namun ia tidak menyelesaikan masalah kerana dinding berkenaan telah hampir terbelah dua dan setiap tahun keadaannya semakin kritikal dan membimbangkan.

Aduan seterusnya telah dilakukan oleh JKK Kampung Temau untuk mendapatkan premis baharu namun hingga sekarang ia umpama tidak diendahkan dan dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab.

Saya merayu agar perkara ini dapat perhatian Aduan Rakyat Online kerana pihak bertanggungjawab memandang sepi keadaan ini. Keadaan premis ini boleh melibatkan kemalangan jiwa dan  ia seharusnya dipandang serius dan penggantian premis yang lebih selamat seharusnya dilaksana segera.

The post Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau appeared first on Aduan Rakyat Online.


Bekalan Air di Daerah Beluran, Sabah Kritikal

$
0
0

Salam Sejahtera

Saya salah seorang dari penduduk di Daerah Beluran ingin meluahkan masalah berkaitan dengan bekalan air yang dibekalkan oleb jabatan air di Beluran sering kali terputus kerana pam air yang sangat uzur.

Bagi tujuan penjimatan kewangan pam air tidak digantikan dengan yang baru. Hal ini menyebabkan masalah air yang sering kali terputus sehingga memberikan masalah kepada bekalan air di jabatan-jabatan tertentu contohnya seperti hospital dan lain-lain.

Kami berharap agar masalah ini akan dapat diselesaikan segera.

Terima kasih.

The post Bekalan Air di Daerah Beluran, Sabah Kritikal appeared first on Aduan Rakyat Online.

Kualiti Rumah Cempaka Seri 1 Town Villas Amat Mendukacitakan

$
0
0

Kualiti Rumah Cempaka Seri 1 Town Villas Amat Mendukacitakan

Salam dan selamat sejahtera,

Saya penduduk Cempaka Seri 1 Town Villa, Kota Seriemas, Nilai amat berharap bantuan daripada pihak PPIM atau sesiapa sahaja yang berkenaan untuk menyelesaikan isu kualiti rumah yang kami penduduk hadapi sehingga ke hari ini.

Keadaan rumah yang retak, bocor, syiling roboh dan pelbagai lagi tidak pernah selesai dan pemaju sentiasa delay dalam mengambil tindakan walaupun aduan telah di buat dan telah membuat banyak kali follow-up. Kontraktor pemaju sentiasa memberikan alasan ada projek lain perlu di selesaikan.

PNBD dibawah naungan PNB adalah nama yang tersohor tetapi kualiti rumah yang dihasilkan terlalu dibawah standard.

Kami penduduk amat menyesali membeli rumah tersebut tapi apakan daya semua sudah terlambat.

Mohon bantuan pihak berwajib untuk turun padang membantu kami menyelesaikan perkara ini.

Terima kasih.

The post Kualiti Rumah Cempaka Seri 1 Town Villas Amat Mendukacitakan appeared first on Aduan Rakyat Online.

Perumahan Laguna Biru Fasa 2 Tertangguh

$
0
0

Disebabkan pelbagai aktiviti yang SPNB anjurkan seperti kunjungan hormat dari tetamu-tetamu sehingga terlupa projek rumah Laguna Biru Fasa 2 yang lama tertangguh.

Tidak terfikirkah yang pembeli-pembeli terbeban membayar sewa untuk dua rumah? Saya selaku pembeli memang mengharapkan kunci rumah dapat secepat mungkin.

Rumah dibiarkan kosong selama lebih setahun. Kami pembeli dapat tengok rumah dari jauh. Sedangkan bulan-bulan bank dah potong duit kami! memang silap besar beli rumah bawah kelolaan SPNB ni.

Perjumpaan sebelum ini SPNB beri harapan kepada pembeli bahawa kunci akan diserahkan pada March 2019. Dan hari ini 28/12/2019, janji SPNB untuk serahkan kunci pada March 2019 hanya tinggal janji. Alasan pihak kontraktor lambat buat kerja. Perlukah pembeli salahkan kepada kontraktor? SPNB selaku developer berkuasa mutlak keatas kontraktor.

Kami mahukan kunci rumah kami untuk kami duduki. Ada seorang pembeli sampai sanggup namanya di blacklist akibat tidak mampu membayar sewa dua rumah. Adakah itu yang pihak SPNB mahukan/harapkan?

Penjawat awam

The post Perumahan Laguna Biru Fasa 2 Tertangguh appeared first on Aduan Rakyat Online.

Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands

$
0
0

Orang awam dan pelancong terpaksa menggunakan air terawat yang tercemar yang dibekalkan oleh PAIP di Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta SPAN perlu membuat kajian dan kaedah penyelesaian memandangkan air paip terawat mengandungi bahan racun perosak yang diharamkan dan membahayakan orang awam.

Kerajaan perlu melihat serius masalah di Cameron Highlands yang membabitkan pendatang tanpa izin dan penerokaan tanah haram untuk pertanian serta penggunaan racun sayur yang tidak diluluskan oleh Kerajaan Malaysia (yang boleh dapat mudah di kebanyakan kedai racun dan hardware) semata-mata kesan aktiviti sedemikian juga merupakan satu daripada punca pencemaran air di kawasan berkenaan. Penggunaan pelbagai racun perosak yang diharamkan oleh kerajaan dan racun perosak organochlorine, iaitu antara racun tertua, paling beracun dan mengandungi sintetik perosak paling tinggi boleh diperolehi secara rahsia di beberapa kedai racun dalam beg plastik hitam.

Kajian kualiti air di Cameron Highlands sudah dilaksana sebelum ini oleh REACH, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Kementerian Kesihatan, UKM dan  Jabatan Alam Sekitar, dan daripada dapatan yang diperoleh, kesan racun yang ditemukan di dua sungai utama terbabit dikesan berpunca daripada aktiviti pertanian dan pembinaan kawasan kediaman secara haram di belakang loji air terawat PAIP yang menyalurkan air kumbahan terus ke punca air loji PAIP. Bahan tercemar dialirkan terus ke kawasan air termasuk sisa kumbuhan dari tandas pekerja tanpa tangki septik yang juga dialirkan terus ke sungai. Untuk makluman penggunaan racun perosak termasuk yang diharamkan turut ditemui di sepanjang sungai.

Pengusaha tanaman yang tamak di kawasan itu perlu peka dan sedar tentang kesan yang bakal ditanggung akibat penggunaan racun makhluk perosak yang mengandungi bahan berbahaya. Pengusaha tanaman jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada alam sekitar dan pengguna.

Kami bimbang kualiti air awam, di kawasan loji rawatan air di hulu Sungai Terla yang semakin tercemar susulan daripada aktiviti pertanian dan pendirian rumah-rumah haram yang sepatutnya tidak dibenarkan di bahagian hulu kawasan tadahan hujan tetapi, namun ia semakin rancak. Pejabat Tanah dan Kerajaan Negeri tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pencerobohan tanah khususnya aktiviti pertanian dan perumahan di tanah kerajaan terlibat dan kami tidak pasti kenapa Pihak Berkuasa Negeri masih membenarkan aktiviti pertanian dan pembinaan perumahan berdekatan hulu kawasan tadahan air rawat yang menyalur air untuk orang awam.

Tindakan Penguatkuasaan perlu diambil oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri dalam kadar segera bagi mengatasi masalah ini.

KAMI HANYA MAHU AIR TERAWAT YANG BERSIH DI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS PAHANG

The post Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands appeared first on Aduan Rakyat Online.

Permukaan Jalan Raya Rosak di Lebuhraya Ipoh-Lumut

$
0
0

Saya Nazrin Shah Azlan, pengguna harian Lebuhraya Ipoh-Lumut ingin mengajukan aduan tentang kerosakan permukaan jalanraya di beberapa kawasan yang dilihat semakin kritikal.

Aduan pertama telah diajukan kepada JKR Negeri Perak melalui emel pada 15 Disember 2017 dan telah menerima maklumbalas pada 4 Januari 2018 daripada Penolong Jurutera Jalan JKR Perak, Puan Suhana Salihudin. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang kerja baikpulih yang dilakukan di kawasan yang laporkan. Emel susulan telah dihantar pada 23 Ogos 2018 untuk mendapatkan maklumat mengenai status aduan yang dibuat, namun tiada maklumbalas yang diterima.

Keadaan permukaan jalan yang rosak tersebut boleh mendatangkan bahaya serta kemalangan terutama kepada pengguna yang menunggang motosikal. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan motosikal yang ditunggang hilang keseimbangan apabila melalui jalan yang bermasalah itu.
Antara masalah yang dapat dilihat adalah berpunca dari kerja-kerja porthole patches lama yang tidak kemas dan banyak di kawasan yang sama menyebabkan jalan menjadi tidak rata serta masalah yang paling ketara adalah permukaan jalan tar yang sudah merekah dan rosak.

Antara kawasan yang dilihat paling terjejas ialah:

1. Lorong paling kiri dari sebelum hingga selepas persimpangan lampu isyarat Lahat (arah dari Batu Gajah ke Ipoh).
2. Laluan lurus dari persimpangan lampu isyarat Kledang ke persimpangan Silibin (di hadapan stesen minyak Petronas).
3. Lorong kiri dari Tronoh ke Siputeh (sebelum Akademi Pembangunan Belia Malaysia Perak)
Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera dengan membaik pulih keadaan permukaan jalan raya tersebut bagi memberi keselesaan kepada pengguna dan supaya lebih selamat untuk digunakan. Adalah lebih baik sekiranya pihak berwajib dapat turun padang dengan melihat dan melalui sendiri jalan yang dilaporkan bermasalah.
Seandainya kerja-kerja baikpulih dapat dilakukan, mohon wakil dari pihak JKR juga dapat turun untuk memantau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh sub-con yang dilantik supaya ianya dapat dibuat dengan mengikut SOP yang betul dan dapat memberikan hasil yang berkualiti. Ini kerana saya pernah melihat dengan mata sendiri, sub-con melakukan kerja-kerja porthole patches hanya menggunakan kaki untuk meratakan tar dan ditambah pula ianya dilakukan sewaktu hujan.
Sekian aduan saya, terima kasih.

The post Permukaan Jalan Raya Rosak di Lebuhraya Ipoh-Lumut appeared first on Aduan Rakyat Online.

Penantian 10 Tahun Taman Putera Perwira, Balok, Kuantan

$
0
0

Taman Putera Perwira, Balok Kuantan telah mula dibuka untuk jualan pada tahun 2006 dibangunkan dibawah syarikat Jelang Fajar Sdn Bhd No Pendaftaran Syarikat 769829-A. Walaubagaimanapun setelah 13 tahun rumah tersebut masih gagal diserahkan kepada pembeli walaupon dijanjikan siap pada 2010 yang lalu. Pembeli pembeli taman perumah ini rata-ratanya adalah individu yang berkhidmat dengan kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim, kakitangan awam lain seperti guru, jururawat dan pesara-pesara tentera.

 Pembinaan yang dimulakan pada sekitar 2006 – 2008, walaubagaimanapun setelah 2 blok berjaya disiapkan kerja-kerja telah dihentikan pada 2009 sebelum diistiharkan sebagai projek sakit dan pemaju diistiharkan sebagai bermasalah dan diletakkan didalam senarai hitam mulai 17 Mac 2010 menurut Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Biarpun begitu setelah 5 tahun kerja pembinaan dihentikan oleh pemaju, mulai Jan 2014 kerja-kerja pembinaan kembali rancak sepanjang 2014 yang menbawa sedikit sinar dan harapan kepada pembeli  Fasa 1 perumahan ni, namunBagai Mengharap Bulan Jatuh Ke Riba ” dan ” Bagai Pungguk Rindukan Bulan “ sinar harapan yang  kembali kelam apa kerja kerja pembinaan kembali perlahan pada penghujung 2014 dimana hanya sekitar 3 atau 4 orang sahaja yang bekerja pada setiap hari.

Sehubungan dengan itu, wakil dari pembeli iaitu En Affzan dan Puan Normah telah berusaha untuk mendapatkan penjelasan, berjumpa dan berbincang dengan pemaju, namun pihak pemaju yang diwakili oleh individu yang dikenali dengan nama Alice seringkali berdolak dalih dan tidak hadir pada waktu yang dijanjikan dan hanya memberikan janji janji manis bahawa rumah akan diserahkan dalam masa terdekat.

Namun dengan bantuan badan NGO ANGKATAN PEMBELA RAKYAT dibawah seliaan En Shukri atau dikenali dengan nama #CucuCicitMatKilau, wartawan TV3 telah meluangkan masa untuk bertemu pembeli  pembeli pada 03 hb Feb 16, Usaha beliau untuk menemui wakil pemaju juga telah gagal dan perkara ini telah disiarkan melalui Buletin Utama TV3 pada 06 hb Feb 2016 jam 8.00 malam, setelah menunggu  beberapa bulan proses pembinaan masih lagi perlahan dan kurang memuaskan serta tiada apa-apa tindakan susulan daripada pihak berkaitan.

Sekali lagi usaha telah di gerakkan oleh En Affzan dan Puan Normah serta beberapa pembeli lain dengan menemui ADUN Beserah iaitu YB Tuan Haji Adnansura Bin Rabu sekitar bulan Jun atau Julai 16. Hasil perjumpaan bersama Adun Beserah beliau telah berjanji akan membawa perkara ini kedalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang untuk perhatian Kerajaan Negeri, walaubagaimanapun proses pembinaan dan menyiapkan infrastruktur masih lagi berjalan dengan sangat perlahan sehinggalah sekitar Nov 18.Kami mendapat tahu proses rayuan pemohonan Sijil Layak Menduduki telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik, setelah lawatan pada kali pertama gagal dari aspek bangunan dan keselamatan.

Walaubagaimana pun dalam rayuan  pihak pemaju/kontraktor tetap tidak mahu memenuhi keperluan Pihak Majlis Perbandaran Kuantan dalam aspek keselamatan dan memberi pelbagai alasan. Namun ada cadangan supaya pihak pemaju dan arkitek supaya membuat satu akuan bersumpah bahawa mereka akan bertanggungjawab keatas segala isu yang mungkin timbul selepas CCC dikeluarkan dan tidak akan melibatkan Majlis Perbandaran Kuantan dan mendapatkan persetujuan pembeli untuk menerima rumah dalam keadaan terkini walaupun spesifikasi rumah tidak mengikut Perjanjian Pembelian (SnP) dan 4 espek yg pihak MPK tetapkan tidak dilakukan, tetapi ternyata pihak pemaju, arkitek dan kontraktor cuba bermain tarik tali dengan pihak MPK dengan memberikan alasan yg pada kami agak menjangkalkan.

Disamping itu juga persetujuan pembeli untuk menerima rumah pada keadaan terkini agak meragukan dimana ada satu perenggan menyebut bahawa kami pembeli setuju untuk tidak membuat sebarang bantahan terhadap pemaju iaitu JELANG FAJAR SDN BHD, Lembaga Arkitek Malaysia, Majlis Perbandaran Kuantan dan pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan perumahan ini. Adakah ini satu lagi penipuan yang sedang diusahakan oleh pemaju ataupun pihak terlibat dalam melepaskan ke bertanggungjawaban mereka keatas permasalahan ini, sedangkan tiada wakil pemaju yang berjumpa dengan kami untuk mendapatkan persetujuan.

Justeru itu saya dan 6 orang rakan-rakan pembeli yang lain telah menulis satu surat bantahan kelulusan untuk pengeluaran CCC dan penyerahan kunci memandangkan terdapat usaha-usaha mengelirukan pembeli dan menyebabkan kehilangan hak untuk menuntut penganiayaan keatas kami selama 13 tahun ini. Untuk makluman pihak Aduan Rakyat surat bantahan tersebut telah saya serahkan Kepada Puan Rosila Binti Hj Maarof, Ketua Unit Bangunan, Majlis Perbandaran Kuantan satu kepada YB Puan Hajah Zuraidah Kamaruddin, Menteri di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan melalui satu penghantaran Pos Laju dan telah diterima oleh Cik Maya Syuhada pada 16 Jan 19 Jam 3.27 petang di Pejabat Menteri, satu salinan kepada SPRM Cawangan Pahang dan diterima oleh Puan Rozana, satu salinan kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, satu salinan kepada Ahli Parlimen Paya Besar dan satu salinan kepada Adun Beserah.

Pada 15 hb Jan 19 sekitar jam 4.30 petang saya mendapat berita rayuan telah ditolak kerana pemaju tidak melakukan pembaikkan keatas 4 perkara yang diminta oleh MPK disamping terdapat bantahan 7 orang pembeli yg menuntut pemaju menyelesaikan 4 perkara yang digariskan oleh MPK dan surat persetujuan yang meragukan dan boleh menyebabkan para pembeli kehilangan hak.

Kebanyakan diantara kami telah dilakukan pemotongan gaji semenjak 2008 lagi untuk membayar pinjaman perumahan ini. Bagi yang membuat pinjaman melalui Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam yang dulunya sebelum diswastakan dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan. Apa yang menjadi kemuskilan pihak kami pembeli-pembeli ini adalah bagaimana keseluruhan pinjaman perumahan kami telah dibayar kepada pemaju walaupun rumah belum mencapai 100% proses pembinaan. Adakah pihak LPPSA ini mempunyai perjanjian usahasama dengan pemaju manakala yang membuat pinjaman melalui institusi konvesional lain pengeluaran telah dihentikan pada tahap 70% – 80% pengeluaran.

Saya secara peribadi mohon agar Aduan Rakyat boleh mengangkat perkara berkaitan penderitaan pembeli-pembeli Taman Putera Perwira ini ke penngetahuan pihak Menteri di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan beliau boleh turun dan melawat tapak perumahan ini seberapa segera. Kami hanya mahu hak kami, kami mahu CCC dikeluarkan tanpa ada apa-apa syarat yang terselindung.

Sekian laporan saya untuk makluman dan tindakan pihak Aduan rakyat

” BERKHIDMAT PENUH BERINTEGRITI ”

Saya yang menjalankan amanah,

NASARUDDIN BIN ISMAIL

0179230106

nz.ismile@gmail.com

The post Penantian 10 Tahun Taman Putera Perwira, Balok, Kuantan appeared first on Aduan Rakyat Online.

Kesesakan Semakin Serius di Bandar Saujana Putra

$
0
0

Kesesakan di roundabout Bandar Saujana Putra yang menghubungkan antara Lebuhraya SKVE – Elite semakin serius dan membimbangkan. Waktu puncak kesesakan sering berlaku antara jam 6.30 am hingga 9 am pada waktu pagi dan 5.30 pm hingga 8.30 pm pada waktu petang.

Penduduk di Bandar Saujana Putra amat runsing mengenai isu kesesakan dan telah menyuarakan kepada pihak yang berkaitan, namun tiada tindakan yang diambil sehingga kini.

Terdapat sangat banyak lori dan trailer besar di roundabout terbabit pada waktu puncak yang hampir mengakibatkan kemalangan atau perselisihan antara kereta biasa penduduk di sekitar Bandar Saujana Putra. Lori dan trailer sering kali membawa laju dan bersikap tidak bertolak ansur semasa kesesakan dan semasa melalui roundabout tersebut.

Dijangkaan bahawa akan terdapat lebih banyak pengguna di roundabout tersebut sekiranya taman perumahan baru berdekatan dibuka. Terdapat beberapa developer besar yang sedang giat membangunkan kawasan berhampiran, seperti Rimbayu, Ecoworld, Tropicana Aman, TCS dan LBS.

Kita telah dimaklumkan bahawa flyover akan dibina untuk menangani masalah ini, namun tiada sebarang perkembangan atau tindakan yang telah diambil untuk setakat ini.

Diharapkan pihak TV3 boleh menolong penduduk-penduduk di Bandar Saujana Putra. Tidak kah masalah seharusnya diselesaikan sebelum perkara menjadi semakin serius ?? Cuba bayangkan apabila semakin ramai pengguna dan tambah lagi trailer besar yang tidak bertolak ansur, adakah masa itu barulah flyover nak dibina ??? Sampai bila penduduk Bandar Saujana Putra kena sengsara ???????

The post Kesesakan Semakin Serius di Bandar Saujana Putra appeared first on Aduan Rakyat Online.


Harga Makanan Yang Mahal di Pusat Perubatan Universiti Malaya

$
0
0

Assalamualaikum

Seperti sedia maklum Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya merupakan salah hospital yang menjadi tumpuan rakyat.

Saya sebagai seorang staff di hospital ini amat kesal dengan harga makanan di kiosk-kiosk, gerai-gerai dan juga food court di dalam hospital. Pada tahun lepas pihak pengurusan telah meluluskan satu penambaikan untuk food court di bangunan trauma & kecemasan hospital. Penambahbaikan amat bagus tetapi yang dikesalkan adalah harga makanan yang terlalu mahal bagi seorang staff yang berpendapatan bawah kategori B40.

Difahamkan food court tersebut dilaburkan oleh sesebuah pihak dengan hospital untuk kos penambahbaikkan dan disewa kepada peniaga-peniaga. Kos sewa bulanan yang terlalu tinggi menyebabkan harga makanan dan minuman menjadi mahal. Seperti sedia maklum, pengunjung, pesakit dan staff yang makan disini hanyalah rakyat biasa.

Bukan di bangunan trauma dan kecemasan sahaja tetapi di kantin staff juga telah disewakan kepada pihak yang hanyalah ingin mengambil keuntungan semata-mata. Aduan telah dibuat beberapa kali oleh pihak pengunjung dan pesakit malahan staff sendiri telah ramai melaporkan tentang harga makanan dan minuman yang terlalu mahal di dalam kawasan hospital kepada pihak pengurusan tetapi tiada maklumbalas.

Alasan yang pernah diterima oleh staff adalah kerana pihak tersebut membawa keuntungan kepada pihak hospital. Jadi kebajikan staff yang berpendapatan rendah diabaikan. Pihak food court juga menggajikan pekerja warga asing seperti indonesia dan bangladesh untuk penyediaan makanan dan minuman.

Kebersihan kawasan persekitaran dan dapur juga amat diragui kerana kadangkala terdapat binatang berpenyakit seperti tikus dan lipas. Tikus dan lipas ini berkeliaran di kawasan tempat letak pinggan dan bekas makanan dan minuman.

Sebelum ini, terdapat satu kantin di bangunan pakar pergigian yang menjadi tumpuan staff untuk membeli makanan dan minuman tetapi telah diserbu oleh pihak imegresen atas alasan menggaji warga asing.

Menurut makluman pihak dalaman, laporan ini telah dibuat oleh pihak food court bangunan trauma dan kecemasan (ENZO) kerana pihak kantin bangunan pakar pergigian menjual makanan dan minuman jauh lebih murah dan menjadi tumpuan staff.

Perkara ini seperti dilindungi oleh pihak atasan PPUM sendiri memandangkan pihak yang menguruskan perniagaan di PPUM iaitu pihak JPP sedia maklum tentang perkara ini. Seperti tidak adil pihak yang telah membantu staff dan golongan berpendapatan rendah telah di kacau tetapi pihak yang telah banyak dibuat aduan tidak diusik.

Premis makanan di dalam kawasan PPUM juga sebenarnya tidak menjaga kebersihan dan tidak pernah disemak oleh pihak KKM atas alasan berada di dalam kawasan hospital. Untuk makluman,pihak pengurusan sebenarnya telah maklum akan isu seperti ini tetapi tiada tindakan seolah-olah takut dan menjaga periuk nasi sendiri.

Harap pihak aduan rakyat dapat merungkai permasalahan ini memandangkan ramai staff yang tidak berkesempatan untuk makan dikawasan yang jauh lebih murah kerana faktor masa kerja.

Sekian, terima kasih

The post Harga Makanan Yang Mahal di Pusat Perubatan Universiti Malaya appeared first on Aduan Rakyat Online.

Tiada Sekolah di Bandar Bukit Raja Klang

$
0
0

Saya ingin mengadu mengenai tiadanya sekolah rendah dan menengah di Bandar Bukit Raja, Klang. Hanya ada satu sekolah tamil yang disediakan untuk penduduk estet asal di kawasan ladang kelapa sawit Bukit Rajah dahulu.

Terdapat banyak tapak yang telah disediakan oleh pihak sime darby tetapi sehingga kini tidak ada sekolah di kawasan perumahan “prime area” ini.

Penduduk terpaksa menghantar anak ke Sekolah di setia alam, klang utama dan batu belah dan keadaan tidak selesa kerana jumlah pelajar di sekolah tersebut juga ramai selain keadaan trafik yang sesak di waktu puncak pagi dan petang.

Untuk pengetahuan kawasan perumahan ini telah dibangunkan pada tahun 2003 namun sehingga kini masalah ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa dan kementerian pelajaran.

Saya amat berharap supaya tapak-tapak sekolah yang telah disediakan pihak pemaju dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.

Harap dapat siasat pekara ini untuk kepentingan rakyat.

Sekian. Terima kasih

Dr. Noorzaina Idris
Pensyarah Kanan
Fakulti Pendidikan
UiTM Puncak Alam

The post Tiada Sekolah di Bandar Bukit Raja Klang appeared first on Aduan Rakyat Online.

Masalah Projek Perumahan Taman Elmina (KGMB)

$
0
0

Assalamulaikum,

Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan Taman Elmina (bermula pada 15/02/2013) yang tidak di siapkan dalam tempoh yang telah di janjikan dalam surat jual beli iaitu tarikh asal  15/02/2015. Kami pihak pembeli telah menghubungi pihak pemaju KOPERASI GURU-GURU MALAYSIA BERHAD bersama Obor Timur Sdn Bhd untuk mendapatkan status projek ini tetapi pihak pemaju tidak membuat sebarang pertemuan dengan pihak pembeli sehingga sekarang Jan 2019

Pihak pembeli cuba menghubungi pemaju, akan tetapi pihak pemaju tidak dapat memberi sebarang penyelesaian. Berdasarkan status di kementerian perumahan Malaysia ( KPKT) projek ini telah di senaraikan di bawah projek sakit (SENARAI PROJEK-PROJEK PERUMAHAN SWASTA YANG SAKIT SEHINGGA 30 NOVEMBER 2018 KATEGORI LANDED).

Kami pihak pembeli telah menunggu selama 3 tahun tanpa sebarang penyelesaian dan  kos menyewa yang telah di belanjakan untuk tempoh 3 tahun dan seterusnya amatlah membebankan. Pihak pembeli berharap KGMB dan Obor timur dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera, samada projek ini di teruskan atau pulangkan deposit 10% yg telah di ambil dari pihak pembeli.

Kami pihak pembeli berharap “Aduan rakyat” TV3 ini dapat menolong kami untuk menyelesaikan secara baik dengan pihak pemaju.

Sekian Terima Kasih.

Yang Berharap,

Nurul

The post Masalah Projek Perumahan Taman Elmina (KGMB) appeared first on Aduan Rakyat Online.

Serangan Monyet Liar di Seksyen U12, Shah Alam

$
0
0

Sekumpulan monyet di dalam bilangan melebihi 20 ekor telah mula menyerang kawasan kejiranan Desa Alam, Seksyen U12, Shah Alam mulai 3 bulan lepas. Tanaman- tanaman penduduk telah diambil dan dirosakkan oleh kumpulan monyet-monyet ini.

Terbaru, semenjak sebulan ini, monyet-monyet ini telah berani memasuki perkarangan rumah dan mengcungkil tingkap rumah penduduk. Seterusnya kumpulan monyet ini berjaya memboloskan diri memasuki beberapa rumah-rumah penduduk. Kumpulan monyet ini mengambil dan menyelongkar makanan-makanan yang terdapat di dalam rumah penduduk.

Perkara ini telah diadukan beberapa kali kepada pihak Perhilitan dan MBSA namun tiada sebarang tindakan diambil setakat ini.

Kemunculan kumpulan monyet-monyet ini adalah berikutan projek-projek perumahan yang semakin pesat membangun di kawasan U12 ini yang berkemungkinan telah memusnahkan habitat asal dan sumber makanan mereka.

Kami penduduk amat berharap agar aduan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak Tuan.

Yang benar,

Siti Hafsyah Idris

019-3698131

The post Serangan Monyet Liar di Seksyen U12, Shah Alam appeared first on Aduan Rakyat Online.

Hakisan Tebing ke 2 di Kampung Tambirat Asajaya

$
0
0

Jam 8 pagi tadi 22 Januari 2019 berlaku satu lagi hakisan berlaku di tebingan Kampung Tambirat. Hakisan yang telah berlaku sejak 20 tahun sehingga kini tiada tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.

Semalam hakisan pertama berlaku sepanjang 100 meter dan hari ini satu lagi hakisan berlaku. Tahun 2018 hakisan sepanjang 300 meter juga berlaku walaupun telah dijanjikan peruntukan untuk mengatasi suku sahaja bahagian hakisan. Namun janji kerajaan negeri hendak membina benteng hanyalah bual kosong sahaja.

Hakisan yang telah berlaku sejak 20 tahun lepas telah menyebabkan lebih 500 meter kawasan kampung telah hilang dan melibat hampir 40 buah rumah.

Sehingga kini tiada usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Hampir 1300 penduduk Kampung Tambirat terus dihantui masalah ini. Lebih merisaukan lagi kemungkinan besar sekiranya masalah ini tidak di atasi maka kampung tersebut akan hilang daripada peta.

Diharap kerajaan baru dapat mengambil tindakan perkara ini.

The post Hakisan Tebing ke 2 di Kampung Tambirat Asajaya appeared first on Aduan Rakyat Online.

Kilang Kayu di Kawasan Perumahan Selayang Baru

$
0
0

Salam hormat dan salam sejahtera,

Sudah bertahun penduduk disini menderita dengan Kilang kayu di kawasan perumahan yang terletak di Jalan 62, Selayang Baru.

Kayu bersepah – Sepah tepi jalan.. kereta keluar masuk susah.. kerap kenderaan yang lalu terkena paku pada tayar kereta. Bahaya pada kenderaan lalu lalang dan kanak2 yg bermain basikal dan sebagainya.

Aduan kepada pihak MPS (MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG) telah bejuta kali dibuat.. tempat itu pun sudah pernah disita oleh pihak MPS, namun kilang itu masih beroperasi seperti biasa seolah tiada apa yang berlaku.

Pihak MPS tidak mengambil tindakan yang tegas, dan penduduk berhampiran sudah muak melakukan aduan. Namun pihak MPS masih membiarkan kilang itu beroperasi.

Mohon pihak berwajib membuat siasatan bagi memastikan jalan itu selamat digunakan.

Sekian, terima kasih.

Wakil Penduduk Selayang Baru.

The post Kilang Kayu di Kawasan Perumahan Selayang Baru appeared first on Aduan Rakyat Online.

Banjir Kilat Bulanan Penduduk Taman Kuso, Kota Tinggi

$
0
0

Tuan/ Puan,

Saya mewakili penduduk Taman Kuso, Kota Tinggi bagi Jalan Balau 4, 5 dan 6 hari ini tergerak hati untuk menyampaikan aduan masalah yang telah berlaku sejak 30 tahun lalu.

Sepertimana perkara di atas, masalah banjir kilat setiap bulan ini berlaku bukanlah disebabkan oleh hujan yang turun tetapi limpahan air Sungai Kemang setiap kali berlaku air pasang.

Untuk makluman tuan, perkara ini hanya berlaku kepada penduduk Taman Kuso di sekitar Jalan Balau 4, 5 dan 6 sahaja kerana kedudukan aras tanah di bawah paras air pasang dan berhampiran dengan Sungai Kemang.

Masalah ini bukanlah tidak pernah disampaikan kepada sesiapa, akhirnya penyelesaian bagi masalah ini dilaksanakan oleh pihak JPS dengan membina pintu air bagi menghalang limpahan air  dari Sungai Johor ke Sungai Kemang.

Usaha yang dilakukan oleh pihak JPS nampaknya menjadi sia- sia sahaja apabila pintu air yang baru sahaja siap tahun lalu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ianya langsung tidak mampu menghalang limpahan air Sungai Johor masuk ke Sungai Kemang.

Semoga dengan aduan ini, pihak kerajaan dapat memantau hasil projek pintu air Sg Kemang ini yang difahamkan telah menelan belanja jutaan ringgit.

Sekian, terima kasih.

MOHAMAD FAIZAL BIN AMIN
NO 4, JALAN BALAU 5,
TAMAN KUSO 81900
KOTA TINGGI, JOHOR
0137217455

The post Banjir Kilat Bulanan Penduduk Taman Kuso, Kota Tinggi appeared first on Aduan Rakyat Online.


Jalan Utama di Kota Samarahan Tidak Berlampu

$
0
0

Assalamualaikum,

Syabas kepada Aduan Rakyat TV3 atas inisiatif ini. Saya gembira kerana ada saluran lain untuk kami sebagai rakyat marhaen mengadu ketidak adilan dalam pelaksanaan rancangan kerajaan, atau ketidak sempurnaan dalam usaha memajukan rakyat, yang kebanyakannya hanya bertepuk sebelah tangan. Terima kasih.

Saya pasti, kami di Sarawak juga berstatus rakyat Malaysia, meskipun dipisah laut dengan Tanah Semenanjung.

Pihak Aduan Rakyat,

Kami di Samarahan sudah menikmati jalan utama yang menghubungkan kawasan penduduk berkapasiti tinggi dengan bandar utama kami: Kuching. Jalan Kuching-Samarahan-Asajaya Expressway ini, meskipun dibungai oleh bulatan demi bulatan dari Asajaya ke Bandaraya Kuching, menjadi jalan utama yang pasti akan ‘jam’ sejauh lebih 5km setiap hari.

Video ‘jam’ ini sudah banyak kali dikongsi di laman sosial. Namun ia hanya menjadi hiasan. Tiada yang mahu peduli.

Namun, masalah ‘jam’ ini terlalu besar untuk Aduan Rakyat membantu.

Masalah utama kami adalah jalan ini tidak berlampu lebih 5km bermula dari bulatan Summer Mall, sehingga ke Asajaya. Pengguna jalan raya ini mencecah ribuan setiap hari, sekecil motorsikal kapcai sehingga sebesar-besar lori kontena 40 kaki untuk bekalan kilang perindustrian kecil Samarahan.

Dengan ketiadaan lampu ini, pengguna motorsikal terutamanya menghadapi masalah berdepan jalan gelap atau lebih payah, lampu tinggi (high beam) dari kenderaan arah bertentangan. Sudah berpuluh kemalangan jalan raya melibatkan pembonceng motorsikal sehingga ada yang meninggal di tempat kejadian, atau yang lebih sengsara, lumpuh. Ini termasuklah saudara saya yang koma beberapa hari di hospital kerana melanggar kereta yang berhenti di bahu jalan. Nah, kalau ada sebutir lampu pun setiap satu kilometer, atau setiap persimpangan di jalan itu, saya pasti, ini boleh dielakkan.

Aduan sudah diutarakan kepada YB Rubiah Wang namun, semacam menyiram air ke daun keladi, tebu di tepian bibir sudah pun masak dan dibuat air tebu rasanya. Janji hanya tinggal janji. Kami rakyat hidup tiada dipeduli.

Saya mewakili rakyat Samarahan, juga rakyat Sarawak, dan pastinya rakyat Malaysia jualah, memohon agar aduan lampu ini diambil kira untuk pihak Aduan Rakyat.

Bukan selalu berita kami di Sarawak dipaparkan, benar? Selain gambaran orang utan dan tarian ngajat di TV, pasti ini suatu berita yang baik untuk anda.

Terima kasih.

 

Yang benar,

Abdul Majied Mustapha

0178528124

The post Jalan Utama di Kota Samarahan Tidak Berlampu appeared first on Aduan Rakyat Online.

Projek Perumahan PR1MA Rantau Terbengkalai

$
0
0

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya merupakan salah seorang pembeli rumah di PR1MA Rantau, Lot 148xx. Saya mendapati bahawa projek ini sudah tidak diteruskan.

Saya mendapati terdapat papan tanda yang diletakkan di pintu masuk utama PR1MA mengatakan projek dihentikan kerana pihak PR1MA tidak membuat bayaran kepada pemaju. Sebagai salah seorang pembeli, saya mempunyai hak untuk mengetahui status terkini berkenaan rumah yang saya beli.

Sebelum ini saya juga pernah dimaklumkan oleh pihak lawyer bahawa pihak PR1MA lambat membuat bayaran yang sepatutnya dan membuatkan proses jual beli rumah kami tertangguh/lambat diproses.

Oleh itu, saya tidak menolak sebarang kemungkinan.Rumah yang dijangka siap pada pertengahan tahun ini tapi masih jauh dari target dan sekarang projek pula terhenti. Disini, saya ingin menuntut penjelasan bertulis dan tindakan sepatutnya yang diambil oleh pihak PR1MA bagi menyelesaikan isu ini.

The post Projek Perumahan PR1MA Rantau Terbengkalai appeared first on Aduan Rakyat Online.

Cadangan Mencegah Kegiatan Pedofil

$
0
0

As’salam & Salam Sejahtera kepada warga pasukan Aduan Rakyat.

Syabas dan terima kasih kepada team AR dalam mengenengahkan isu seks bebas dikalangan masyarakat kita dengan laporan ‘Tumblr ‘Lubuk’ Seks Fantasi’ didalam Buletin Utama pada 29 & 30hb tempoh hari.

Sebagai ayah yang mempunyai 2 orang anak perempuan yang sedang membesar isu ini amat membimbangkan serta menakut kan bagi saya dan pastinya pada semua ibu bapa yang mempunyai anak perempuan.

Saya ingin memberi cadangan kepada pihak TV3 & team AR khusus nya agar dapat membawa isu ini dengan lebih mendalam lagi dengan isu yang lebih besar iaitu membanteras ‘PEDOFIL’.

Saya tertarik dengan cara wartawan di negara luar dengan berani dan tegas memerangkap pedofil-pedofil yang mencari mangsa dengan bekerjasama dengan pihak polis dan sekurang-kurangnya ini dapat memerangkap serta mengurangkan ‘kebebasan’ pedofil-pedofil ini dalam mencari mangsa.

Saya sertakan link youtube untuk rujukan team AR.

Terima kasih.

The post Cadangan Mencegah Kegiatan Pedofil appeared first on Aduan Rakyat Online.

Masalah Projek Perumahan Taman Desa Anjung Putra, Sg Merab

$
0
0

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan di Taman Desa Anjung Putra, Sg Merab (bermula pada 18/07/2013) yang tidak di serahkan dalam tempoh yang telah di janjikan dalam surat jual beli iaitu tarikh asal  18/07/2015. Kami pihak pembeli telah menghubungi pihak pemaju yang mengambil alih projek ini iaitu Amanah Raya Development Sdn Bhd untuk mendapatkan status projek ini tetapi pihak pemaju tidak membuat sebarang pertemuan secara rasmi  dengan semua pembeli sehingga sekarang Jan 2019.

Pihak pembeli cuba menghubungi pemaju, akan tetapi pihak pemaju tetap dengan pelbagai alasan dan tidak dapat memberi sebarang penyelesaian. Berdasarkan status di kementerian perumahan Malaysia ( KPKT) projek ini telah di senaraikan di bawah projek sakit (SENARAI PROJEK-PROJEK PERUMAHAN SWASTA YANG SAKIT SEHINGGA 30 NOVEMBER 2018 KATEGORI LANDED).

Kami pihak pembeli telah menunggu selama hampir 4 tahun(selepas tempoh s&p agreements) tanpa sebarang penyelesaian dan  kos menyewa yang telah kami belanjakan untuk tempoh 4 tahun amatlah membebankan. Ianya juga mengganggu emosi dan memberi tekanan kepada kami. Pembeli berharap pemaju dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera, samada projek ini di teruskan atau pulangkan deposit 10% yg telah di ambil dari pihak pembeli.

Kami pihak pembeli berharap “Aduan rakyat” TV3 ini dapat menolong kami untuk menyelesaikan masaalah ini secara baik dengan pihak pemaju.

Sekian Terima Kasih.

*Gambar sekadar hiasan

 

The post Masalah Projek Perumahan Taman Desa Anjung Putra, Sg Merab appeared first on Aduan Rakyat Online.

Peniaga Motosikal Beroperasi di Kawasan Kaki Lima

$
0
0

Saya ingin membuat aduan mengenai kedai kedai motosikal di sepanjang Jalan Sentul. Jalan ini mempunyai bilangan pengguna jalan raya beranggaran sehingga  100,000 kenderaan sehari.

Peniaga peniaga ini menyusahkan masyarakat dan para pengguna jalan lain dengan tidak mematuhi undang undang kawasan premis. Mereka membaiki  motor di luar premis  mereka sehingga  menghalang laluan kaki lima dan jalan susur masuk  yang sepatunya digunakan  untuk laluan  kenderaan  atau untuk memuat turun barangan serta menurunkan penumpang bas. Pejalan kaki tidak  dapat melalui laluan  di kaki lima dan terpaksa berjalan di luar jalan besar yang tidak berbumbung. Apabila hujan, pejalan kaki terpaksa berjalan di bawah hujan.

Bas awam pula terpaksa berhenti ditengah jalan raya utama untuk menurunkan penumpang dan hal ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Baru baru ini,  pagar baru telah dibina untuk menghalang motosikal dari masuk ke kaki lima. Tetapi, tak sampai 1 bulan, peniaga peniaga motosikal telah menceroboh  masuk ke kaki lima dan terus beroperasi di kawasan kaki lima macam kawasan kaki lima kepunyaan mereka. Ini menjadikan semua kerja  penambah baik, menaik taraf  dan pembinaan pagar cantik oleh jabatan kerja raya dan DBKL tidak berguna dan sia sia.

Saya berharap pihak tv3 boleh mengutarakan masalah ini supaya pihak berkuasa yang bertanggungjawab boleh mengambil tindakan sewajarnya.

*Gambar sekadar hiasan

The post Peniaga Motosikal Beroperasi di Kawasan Kaki Lima appeared first on Aduan Rakyat Online.

Viewing all 333 articles
Browse latest View live