Quantcast
Channel: Aduan Rakyat
Viewing all 333 articles
Browse latest View live

Ketelusan Dalam Mengisi Jawatan Kosong bagi Graduan dalam Sektor Kerajaan

$
0
0

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang surirumah ingin membuat aduan tentang ketelusan tugas dikalangan Kakitangan Kerajaan dalam menjalani tugas mereka bagi pemilihan graduan yang dipanggil untuk mengisi jawatan kosong dalam Sektor Kerajaan.

Siapa yang ingin mohon kerja kerajaan, perlu ada ‘cable’ or contact org dalam, barulah boleh dapat kerja dalam Sektor Kerajaan. Saya rasa perkara ini bukanlah satu perkara yg baru dlm Masyarakat kita, tapi sememangnya ia berlaku. Suatu perkara yg tidak adil bagi graduan yang datang dari tempat yg jauh untuk ditemuduga, namun ditemuduga secara ‘cincai’ bagi mencukupkan syarat temuduga sahaja kerana setiap sesi temuduga yg dijalankan dalam Sektor kerajaan, telah tersenarai calon-calon graduan yang akan mengisi jawatan tersebut di atas kuota ‘cable’ atau ‘contact’ orang dalam.

Apa yang terjadi pada graduan yang tidak mempunyai ‘cable’ atau ‘contact’ orang dalam? Apa yang akan terjadi dengan nasib mereka?

Kerajaan telah bertukar tapi perkara seumpama ini masih sama, dan terus berlaku, dan saya kira ianya telah menjadi satu tradisi. Sememangnya, isu ini sangat sensitif untuk dikupaskan tapi percayalah, lambakan graduan Di Msia sangat banyak dengan pelbagai bidang ijazah tetapi hakikatnya, ada yang terpaksa bekerja sebagai kerani pejabat dengan gaji bulanan RM 1200 kerana bila dipanggil untuk temuduga jawatan kosong sektor kerajaan, mereka diberi seribu satu alasan sebab tidak layak. Kebenarannya hanyalah satu sahaja, mereka tidak mempunyai ‘cable’ atau ‘contact’ orang dalam untuk mengisi jawatan tersebut.

Harap TV3 dapat mengupas isu ini agar nasib graduan yang malang sebegini terbela. Maaf, saya tiada bukti yang konkrit, tapi ini semua terjadi di dalam persekitaran saya, dari pemerhatian saya.

Dari – Surirumah yang prihatin

The post Ketelusan Dalam Mengisi Jawatan Kosong bagi Graduan dalam Sektor Kerajaan appeared first on Aduan Rakyat Online.


Dibuang Kerja Tapi Tidak Ada Pampasan

$
0
0

Saya membuat aduan ini bahawasanya saya bekas seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai, Tawau Sabah pada tahun 2009. Selama hampir dua tahun saya mengajar di sekolah tersebut seperti biasa. Pada hujung tahun 2010 saya menghidapi sakit skizofrenia yang dipercayai antara sakit mental. Penyakit skizofrenia tidak semestinya gila. Ia ada pelbagai jenis gangguan mental. saya tidak dapat fokus mengajar dan pada ketika itu saya menulis surat kepada pengetua bahawa saya tidak dapat mengajar seperti biasa sehingga saya sembuh sepenuhnya. Saya memohon cuti tanpa gaji tetapi Puan Pengetua sekolah tersebut tidak mengizinkan.

Akhirnya saya dikira ponteng walaupun saya ada menulis surat dan surat tunjuk sebab bahawa saya sedang menerima rawatan doktor di Hospital Mesra bukit Padang Kota Kinabalu.

Saya menerima surat tindakan tatatertib buang kerja dan dikehendaki membuat rayuan. Saya ada membuat rayuan dengan membri surat tunjuk sebab laporan penuh doktor pakar psikiatri tetapi saya akhirnya dibuang kerja.

Aduan saya adalah menyatakan rasa tidak puas hati kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya ponteng kerana sedang menerima rawatan di Hospital Psikiatri bukannya saya sengajakan. Pendek kata saya dibuang kerja kerana menghidapi penyakit. sekurang-kurangya walaupun saya dibuang sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan memberikan sedikit pampasan kebajikan. Ini kerana saya hilang pekerjaan. Sekarang ini saya hanya bekerja sebagai sekuriti dan belum mampu untuk berumahtangga.

Maka saya berharap agar pihak aduan ini dapat membantu saya untuk diberi pampasan kebajikan daripada Kementerian Pendidikan. Tidak ada badan dalam Kementerian Pendidikan yang menyelesaikan atau prihatin kepada guru yang menghadapi masalah yang sama seperti saya.

Saya amat berharap dan berbesar hati agar masalah dan kebajikan saya diambil perhatian.

Sekian Terima Kasih….

The post Dibuang Kerja Tapi Tidak Ada Pampasan appeared first on Aduan Rakyat Online.

Kenderaan Berat Perindustrian di Bukit Kayu Hitam

$
0
0

Saya bagi pihak penduduk di sekitar Bukit Kayu Hitam ingin membuat aduan berkaitan operasi dan penyalahgunaan lalulintas oleh pelbagai kenderaan berat syarikat-syarikat perindustrian di sekitar Bukit Kayu Hitam ini.

Pentalahgunaan lalulintas ini telah berlaku berlarutan selama bertahun seumpama tiada penguatkuasaan atau tindakan yang diambil oleh agensi penguatkuasaan berkaitan. Para pemandu kenderaan berat industri ini seolah olah bermaharajalela menggunakan lalulintas taman-taman perumahan di kawasan sekitar dengan tanpa rasa bersalah.

Dengan adanya aktiviti penggunaan lalulintas kenderaan-kenderaan berat perindustrian ini, telah mendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar dalam penggunaan lalulintas di kawasan Bukit Kayu Hitam ini.

Dengan ini saya bagi pihak penduduk di sekitar Bukit Kayu Hitam berharap agar dengan adanya aduan rakyat ini, keselamatan dan kepentingan kami terjamin. Untuk pengetahuan pihak aduan saya kepilkan gambar untuk tindakan pihak berwajib. Sekian terima kasih.

The post Kenderaan Berat Perindustrian di Bukit Kayu Hitam appeared first on Aduan Rakyat Online.

Kilang Memproses Bitument Haram Beroperasi di Lawas

$
0
0

Selamat Pagi dan Salam sejahtera, Aduan ini dibuat kerana puluhan aduan kepada kerajaan tempatan dan pihak berwajib telah dibuat tetapi kilang tersebut masih beroperasi seperti berada di atas undang-undang. Untuk makluman puluhan aduan juga telah dibuat melalui medium aduan kerajaan negeri Sarawak ( TALIKHIDMAT) tetapi hanya sia-sia seperti mencurah air di daun keladi.

Aduan saya adalah berkenaan kilang memproses bitument beroperasi secara haram di Kampung Ladang Baru, 98850, Lawas, Sarawak. Kilang tersebut membebaskan wasap dari proses bitument/asphalt. asap tersebut telah mencemarkan udara di kawasan kampung malahan baju-baju yang dijemur juga akan berbau kerana asap dari kilang tersebut. Beberapa siri Laporan Polis telah dibuat malahan aduan kepada Pegawai Daerah, Setiuasaha Majlis Daerah,wakil rakyat (P222), Jabatan Alam Sekitar, NREB, Jabatan Tanah dan Survei telah dibuat namun tiada tindakan yang diambil.  Saya telah buntu dengan situasi ini. Mohon pihak aduan rakyat dapat menyiarkan aduan saya ini bagi membuka mata masyarat bahawa pihak-pihak yang berwajib tidak menjalankan amanah rakyat terhadap mereka.

Untuk makluman pihak tuan….kilang tersebut beroperasi secara haram ditanah yang berstatus pertanian…

copy and paste aduan saya melalui talikhidmat ” Salamsejahtera..puluhan retetan aduan saya berkenaan perkara yang sama adalah berkaitan dan dirujuk. Setelah sekian lama mendapat jawapan yan retorik dari Jabatan-jabatan yang berkaitan, akan tetapi kilang memproses bitumen/asfalt masih beroperasi seperti biasa. Saya tidak membuat aduan selama tempoh ini ( lebih 6 bulan dari tempoh aduan terakhir) bukan kerana kilang ini tidak beroperasi tetapi saya ingin melihat keberkesanan medium aduan ini. Merujuk kepada perbualan telepon ke Talian Talikhidmat bahawa YBhg. Setiusaha Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan jika tiada tindakan diambil. Oleh yang dekian SAYA MOHON KEPADA YANG MEMBACA ATAU MENERIMA ADUAN INI, UNTUK MEMANJANGKAN ADUAN INI KE PENGATAHUAN YBHG. STATE SECRETARY OF SARAWAK. kerana saya telah serik dan meluat dengan semua ini…mungkin pihak kerajaan Negeri ingin melihat kami semua merana menghidap penyakit kanser ( boleh google kesan wasap dari pemproses petrocarbon / bitument dan sebagainya)…SAYA MOHON UNTUK PIHAK KERAJAAN NEGERI MENGARAHKAN KERAJAAN TEMPATAN ( MAJLIS DAERAH / PEJABAT DAERAH) UNTUK MENGARAHKAN KILANG TERSEBUT TUTUP DAN TIDAK BEROPERASI..* gambar terkini operasi disertakan..terimak kasih..”

 

 

The post Kilang Memproses Bitument Haram Beroperasi di Lawas appeared first on Aduan Rakyat Online.

Layanan Tidak Memuaskan di Kaunter LHDN Bukit Mertajam

$
0
0

Pagi ini 28/01/2018 saya telah pergi ke pejabat LHDN Bukit Mertajam untuk membuat urusan “Mati Setem”. Kali pertama nak buat ni di pejabat LHDN jadi saya bertanyalah di kaunter hadapan. So saya di minta membuat pendaftaran online dulu dibantu oleh staff yang bertugas. Dah selesai, saya diminta ambil no giliran. Saya beritahu pegawai di kaunter semasa ambil no giliran yang saya dah beli setem. Dan pegawai itu bagi no 2026 kepada saya.

Menunggu lebih kurang 20 minit, no giliran saya dipanggil ke kaunter 8. Bila saya pergi ke kaunter tersebut, ada 2 pelanggan lain yang terlebih dahulu duduk dan dilayan oleh pegawai bertugas di kaunter 8. Saya diminta tunggu dahulu. Pelanggan yang dilayan bukanlah pelanggan no terdahulu 2025 tetapi terus duduk selepas pelanggan 2025 bangun. Takpa saya tunggu. Semasa melayan pelanggan tersebut pegawai bertanya saya nak buat apa. Saya bagitahu urusan saya dan dia minta kad pengenalan saya. Setelah itu dia terus melayan pelanggan tersebut. Saya ambil semula kad pengenalan saya dan tunggu . Tanpa pelanggan yang dilayan bangun, saya dipanggil lagi. Saya beri kad pengenalan saya dan beritahu saya sudah beli setem. Semasa di kaunter pendaftaran online saya menanyakan harga untuk mati setem tersebut dan diberitahu RM10.00 untuk setiap salinan. Tapi pegawai di kaunter 8 cakap RM40.00. Saya beritahu sekali lagi saya dah beli setem, dia tepuk dahi (seolah-olah saya ni bodoh kut). Dah tu cakap setiap RM1000 dikenakan cukai RM5.00. Takpa saya kata saya boleh tambah RM10.00 lagi. Dah tu kata tarikh pun tak tulis lagi.

Saya tahu mungkin urusan saya tak sepenting urusan pelanggan yang dilayan tu, tapi jangan ingat saya bodoh dan boleh dipermainkan macam tu. Sepatutnya dia menerangkan/menjelaskan apa yang sepatutnya saya buat untuk urusan tersebut. Bukan dengan cara macam saya dah buat sesuatu yang salah.

Mohon pihak tuan menegur pegawai tersebut. Saya tak perasan nama beliau, tetapi pegawai tu perempuan dalam lingkungan umur 40 ke 50 tahun bertugas dikaunter no 8 semasa saya berurusan. Saya rasa sangat tak berpuas hati dan terus ambil semula dokumen saya tanpa meneruskan urusan. Saya pun pembayar cukai juga tuan.

Terima kasih.

The post Layanan Tidak Memuaskan di Kaunter LHDN Bukit Mertajam appeared first on Aduan Rakyat Online.

Rumah Tidak Siap, Pemaju Ambik Mudah

$
0
0

Assalammualaikum wbt..saya ingin memohon daripada pihak aduan rakyat supaya dapat ketengah hal Duan daripada saya ini..saya ada salah seorang pembeli rumah Semi-D di Salak tinggi, Sepang Selangor.

Mengikut perjanjian jual beli yang telah ditetapkan rumah tersebut sepatutnye telah diserahkan pada October 2016, tetapi sehingga hari ini masih lagi tidak diserahkan oleh pemaju..

Pemaju tersebut adalah Gethrahome Sdn bhd yang berpangkalan di Seksyen 7, Shah Alam. Saya telah beberapa kali bertanyakan pasal hal ini melalui telefon dan juga berjumpa dengan pemilik pemaju ini tetapi semua janji yang diberi adalah dusta semata-mata..

Saya juga ada membuay aduan di Kementerian Perumahan tetapi sehingga sekarang projek itu masih lagi tiada progress apa-apa..saya sebagai pembeli menaggung rugi untuk membayar interest kepada pihak bank selama 4 tahun, jumlahnye semakin bulan semakin besar setakat hari ini anggaran saya telah membayar kepada pihak adalah sebanyak RM100,000.00 tanpa pergerakan pokok hutang pembiayaan saya..saya juga dapat janji palsu daripada pihak pemaju yang akan memberi saguhati sebab kelewatan ini, pada 2018 sept pemilik pemaju ini berjanji akan siap ada dec’18 tetapi tiada pergerakan apa-apa, dan ditanyakan lagi pada bulan lepas iaitu Jan’19 dan pemilik tersebut berjanji lagi yang unit tersebut akan siap pada june’19..

saya berharap pihak aduan rakyat dapat memanggil dan menyiarkan berita ini dalam waktu siaran TV3 buletin utama. Tiada jalan lain untuk saya ajukan perkara ini dan pemilik pemaju ini anggap kami sebagai pembeli mesti ikut apa yang akan terjadi..

Disini saya sertakan gambar-gambar rumah yang lamgsung tiada progress semenjak 2016 walaupun peratusannya telah mencapai 80% siap..

The post Rumah Tidak Siap, Pemaju Ambik Mudah appeared first on Aduan Rakyat Online.

Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun

$
0
0

Saya adalah salah seorang dari 50 orang pembeli rumah (dari 240 unit) apartment  kos sederhana Selaseh Cemerlang, Gombak. Saya telah beli apartment ini sejak tahun 2009 dan dijangka siap pada tahun 2011. Ternyata sehingga kini baru siap 60%. Pelbagai cara telah digunakan untuk memastikan projek ini siap:

1. membawa pemaju ke mahkamah untuk winding up dan meminta pihak ketiga untuk menyiapkan projek ini (white knight). Semasa kes mahkamah itu telah ada pun white knight yang sanggup siapkan apartmen ini. (pada tahun 2015)

2. menulis surat kepada KPKT untuk membuat perjumpaan dengan pemaju perumahan tetapi sehingga kini gagal (2016, 2017 dan 2018)

3. Berjumpa dgn ADUN Gombak untuk membantu mempercepatkan proses menyiapkan apartmen ini tetapi setelah dua pertemuan tiada apa-apa progress (2017 dan 2018)

Pemaju telah menuntut bayaran pada tahun 2016 atas progress kerja tetapi setelah disemak oleh LPPSA ternyata tiada progress kerja mengikut laporan arkitek, oleh itu LPPSA enggan membayar bayaran yang dituntut. Pemaju mengugut untuk membatalkan S&P jika gagal berbuat demikian. Saya telah pun menghantar surat kepada pemaju melalui peguam yang dilantik tetapi tiada maklumbalas dari pemaju sehingga sekarang.

Saya seorang ibu tunggal, mengidap penyakit kanser payudara dan akan bersara pada tahun ini, sehingga sekarang jika apartmen tidak siap, saya tidak tahu mana nak tinggal. Sejak tahun 2017, gaji telah dipotong untuk membayar pinjaman perumahan RM1500 sebulan. Saya sekarang terpaksa menyewa rumah dan membayar pinjaman perumahan dan perlu peruntukan untuk membayar kos perubatan penyakit sakit. saya sangat terbeban dengan masalah rumah ini yang masih terbengkalai.

Baru2 ini kami difahamkan terdapat masalah teknikal mengenai sistem pembentungan. Tapak pembentungan yang disiapkan mendapat bantahan dari penduduk setempat. Ini merupakan masalah teknikal yang sepatutnya pemaju selesaikan lebih awal lagi sebelum pembinaan.

Saya memohon bantuan TV3 untuk highlight dalam ruang aduan rakyat supaya tindakan diambil segera kepada pemaju. Kami sebagai pembeli telah cukup menderita untuk menunggu apartmen ini siap.

Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak TV3 atas kesudian untuk highlight masalah rakyat ini ke pihak KPKT dan ADUN serta MP setempat.

Disertakan gambar apartmen yang semakin uzur dan lusuh

Terima kasih

The post Apartment Selaseh Cemerlang Terbengkalai 13 Tahun appeared first on Aduan Rakyat Online.

Adakah Majikan Bukan Islam Menghormati Perlembagaan dan Tidak Rasis?

$
0
0

Assalamuallaikum, saya selaku wakil rakyat Malaysia yang beragama islam dan bumiputera ingin memohon pihak TV3 dan kakitangan aduan rakyat untuk membuat tinjauan berkenaan tajuk yang saya nyatakan seperti di atas.

Untuk makluman tuan, adakah benar majikan terutama dalam sektor swasta menghormati perlembagaan Malaysia iaitu agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Jika tuan merasakan bahawa majikan bukan islam dalam khalangan sektor swasta sangat menghormati perlembagaan Malaysia, terdapat beberapa pertanyaan yang ingin saya kemukakan kepada pihak tuan iaitu :

1. Adakah adil bagi pemohon pekerjaan bila mana majikan dalam kalangan bukan Islam meletakkan syarat jika “Kebolehan bercakap mandarin diberi keutamaan”, adakah dengan meletakkan syarat sebegini bererti majikan bukan Islam menghormati bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan?

2. Adakah adil bila mana para siswa dan siswazah bumiputera yang baru habis belajar tidak kira sama ada baru tamat diploma ataupun ijazah atau lebih tinggi dibayar gaji tidak mengikut taraf pendidikan mereka disebabkan faktor pengalaman?

Rata-rata saya melihat majikan bukan islam memberi gaji minimum kepada para siswa dan siswazah bumiputera yang baru tamat belajar disebabkn faktor pengalaman tetapi jika kepada bangsa mereka sendiri walaupun seseorang dari bangsa mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan tiada pengalaman, para majikan bukan islam ini akan memberi gaji yang lebih tinggi kepada bangsa mereka walaupun kakitangan mereka yang bukan bumiputera itu hanya mempunyai sijil SPM sahaja tetapi gaji permulaan yang diberi lebih tinggi daripada pekerja bumiputera yang mempunyai Diploma mahupun Ijazah.

Itu belum dikira soal masuk dan balik kerja serta rehat. Jika kepada kakitangan bumiputera, jika waktu rehat yang diperuntukan dari jam 1.00 tengahari sehingga jam 2.00 petang. Itulah waktu yang perlu mereka patuhi. Jika mereka keluar awal sebelum waktu rehat atau masuk lewat selepas waktu rehat, manager atau bos mereka dari khalangan bukan islam akan mula membebel kepada mereka sebaliknya berlaku kepada kakitangan daripada bangsa mereka sendiri iaitu bos2 mereka langsung tidak memarahi jika kakitangannya datang kerja lambat, balik kerja awal dan mengambil masa yang lama untuk rehat iaitu keluar rehat pada jam 12.00 atau 1.00 tengahari tapi masuk rehat dalam lingkungan waktu jam 2.00 atau 3.00 petang. Adakah ini adil kepada pekerja2 bumiputera dalam sektor swasta? bukankah ini dikatakan sebagai diskriminasi kaum?

Isu bonus tahunan jugak boleh dikatakan isu yang tidak adil kepada pekerja bumiputera yang bekerja dalam sektor swasta dibawah majikan bukan islam.

3. Setiap tahun pastinya pihak majikan bukan islam akan mengadakan annual dinner bersama-sama kakitangan mereka, tidak di nafikan bahawa majikan yang keluarkan duit untuk menaja bagi sesuatu annual dinner yang diadakan dan para majikan turut meminta pihak pengurusan restoran untuk menyediakan makanan atau minuman yang haram bagi kakitangan yang beragama islam dalam annual dinner mereka tersebut. Adakah hal seperti ini tuan ingin katakan bahawa mereka menghormati agama islam sebagai agama kebangsaan? Jika benar mereka menghormati agama islam sebagai agama rasmi, pastinya mereka tidak akan menyediakan makanan atau minuman yang haram dalam annual dinner mereka tersebut sebagai tanda menghormati kakitangan mereka yang beragama islam.

Saya memohon pihak kerajaan untuk masuk campur dan membuat undang-undang baru yang wajib untuk dipatuhi oleh semua majikan-majikan bukan islam.

Jika pihak tuan benar-benar ingin menbantu rakyat, saya minta agar pihak tuan dapat untuk keluarkan isu ini dalam TV3 untuk makluman seluruh warga Malaysia. terima kasih.

The post Adakah Majikan Bukan Islam Menghormati Perlembagaan dan Tidak Rasis? appeared first on Aduan Rakyat Online.


Masalah Gangguan Bekalan Air Yang Berterusan di Raub

$
0
0

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana menyediakan platform kepada kami golongan rakyat untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan hati kami.

Masalah yang ingin saya sampaikan ini sebenarnya telah berlarutan agak lama iaitu lebih dari 3 tahun sehingga ke hari ini masih belum diselesaikan iaitu masalah bekalan air paip di Daerah Raub yang sentiasa terputus-putus terutamanya di musim hujan.

Aduan saya ini sebenarnya lebih menjurus kepada keadaan yang berlaku kepada para pelajar yang tinggal di Asrama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub  Pahang. 

Saya selaku salah seorang penjaga kepada pelajar-pelajar berkenaan berasa amat tertekan dan sedih melihatkan keadaan anak-anak ini yang menghadapi masalah setiap kali bekalan air ke asrama mereka terputus yang mana masalah terputus bekalan ini sangat kerap berlaku. Bayangkan keadaan anak-anak yang penat-penat pulang belajar terpaksa berpanas dan berpeluh tidak dapat peluang untuk mandi kerana air tidak ada dan air yang ada terpaksa dicatu bagi kegunaan berwuduk dan bersuci. Bayangkan keadaan anak-anak ini yang ada masanya terpaksa berulang-ulang memakai pakaian yang tidak berbasuh berhari-hari kerana tiada bekalan air untuk mencuci. Bagi para pelajar yang ibu bapanya tinggal berhampiran boleh lah datang melawat dihujung minggu mengambil dan mengganti pakaian bersih yang baru. Tapi bagaimana dengan anak-anak yang ibu bapanya tinggal jauh, bayangkan keadaan mereka.

Anak-anak ini datang untuk menuntut ilmu. mereka ini lah bakal pemimpin kita di masa hadapan. jangan kerana permasalahan ini, motivasil serta keinginan anak-anak ini untuk belajar dan menuntut  ilmu jatuh.

Saya telah berbincang dan bertanyakan masalah ini kepada pihak yang berkenaan di Sekolah dan saya telah dimaklumkan bahawa perkara ini telahpun diadukan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Wakil Rakyat & PAIP Raub, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut beliau, jawapan yang diberikan adalah masalah “Loji”. Apabila hujan turun dengan lebat, loji terpaksa ditutup kerana air menjadi keruh dan bekalan air terpakda diputuskan. Tapi yang menjadi kemusykilan saya di sini,  tiadakah tindakan pembetulan / pemulihan oleh pihak PAIP Raub kerana masalah ini adalah masalah yang berulang-ulang. Sepatutnya pihak berkenaan telah bersedia dengan “Back up Plan” sekiranya keadaan sama berlaku. Contohnya membina tangki bekalan air bersih bagi kegunaan dikala darurat seperti masa air sungai keruh. Dalam kehidupan  kita seharian pun ada pelan dikala darurat.. mustahil satu jabatan yang besar tidak ada.

Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak TV3 dapat menyiasat hal ini dan jangan biarkan permasalahan ini berlarutan hingga menjejaskan anak-anak yang tak berdosa.

sekian terima kasih.

The post Masalah Gangguan Bekalan Air Yang Berterusan di Raub appeared first on Aduan Rakyat Online.

Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Kualiti Sangat Teruk

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pihak aduan rakyat. Saya adalah salah seorang pembeli bagi Projek Perumahan Taman Meru Suria, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Projek tersebut adalah usahasama antara Pebadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan syarikat pemaju Chempaka Majujaya Sdn Bhd.

Projek ini dilancarkan pada bulan Mei 2016. Mengikut SNP, pihak pemaju sepatutnya menyerahkan Milikan Kosong selewat-lewatnya pada Mei 2018.

Namun, hanya pada bulan Ogos 2018, milikan kosong diserahkan kepada pembeli. Selepas mendapat kunci, para pemilik rumah hampa disebabkan bekalan Air dan Elektrik masih belum disediakan oleh pihak pemaju.

Bukan hanya sekadar tiada bekalan air dan elektrik, pemilik rumah sekali lagi dihampakan oleh pihak pemaju disebabkan oleh kualiti binaan yang teruk dan tidak mengikut speksifikasi yang dinyatakan di dalam SNP.

Hanya pada bulan oktober 2018, barulah bekalan air dan elektrik berjaya dimasukkan.

Sehingga ke hari ini, pihak PKNP dan pemaju masih berdolak dalih dan belum membayar tuntutan LAD kepada para pembeli.Aduan kerosakan juga telah dihantar kepada pihak pemaju, namun sehingga ke hari ini masih belum dibaiki.

Saya sangat berharap pihak aduan rakyat boleh membantu kami menyelesaikan masalah ini.

The post Projek PKNP di Bandar Meru Raya Lambat Siap dan Kualiti Sangat Teruk appeared first on Aduan Rakyat Online.

Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda

$
0
0

Saya Abu Bakar, wakil penduduk Pangsapuri Damai Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam memohon pihak Aduan Rakyat untuk membawa masalah kami lebih kedepan.

Masalah pembakaran dikawasan berhampiran kediaman kami telah berlajutan sangat lama, wakil penduduk juga telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga aduan ke Twitter milik ADUN kawasan Shah Alam namun tiada tindakan yang dilakukan.

Kami sangat terkesan dengan masalah ini, gangguan asap dan udara yang tidak sihat ini sangat membimbangkan penduduk. Ramai penduduk yang mengalami batuk dan deman yang kerap, mana tidaknya apabila kami bangun pagi asap sudah memenuhi seluruh ruang rumah kami.

Dari apa yang kami lihat, pembakaran berpunca dari kawasan pembuangan sampah atau pusat kitar semula bahan terbuang.

Kami percaya mereka mula melakukan pembakaran pada setiap tengah malam.Lampiran yang diberikan adalah pemandangan setiap pagi dikawasan berkenaan dan gambar tersebut diambil pada 28 Januari 2019.

Mohon pihak Aduan Rakyat dapat membantu kami supaya masalah ini dipandang serius oleh pihak berwajib.Terima Kasih.

The post Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda appeared first on Aduan Rakyat Online.

Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkalai

$
0
0

Saya adalah salah seorang dari 78 orang pembeli rumah Projek perumahan “Fortune Park” di Serian, Sarawak yang sepatutnya siap November tahun 2016 hingga kini masih lagi belum diserahkan kepada pihak saya dan pembeli-pembeli lain memandangkan projek tersebut menghadapi pelbagai masalah di antara pemaju (KNK Development Sdn Bhd) dan pemilik tanah (Sumbangan Aneka Sdn Bhd) sehinggakan melibatkan kes ni dibawa ke Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Kes ini tidak terhenti disitu sahaja, apabila pihak pemaju telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 2018. Sehingga kini saya dan pembeli-pembeli lain masih tidak tahu apa keputusan rasmi selepas rayuan bersidang pada pertengahan 2018. Ada yang mengatakan pihak pemaju menang kes rayuan mereka. Persoalannya, sekiranya pihak pemaju berjaya dalam kes rayuan mereka tersebut, mengapa projek perumahan ini tidak diteruskan lagi. Kini hampir 3 Tahun, penyerahan masih belum lagi dibuat dan projek terbengkalai sehingga tiada apa-apa status dari pihak pemaju.

Sampai bila saya harus menunggu dan menuntut hak saya sebagai pembeli walaupun potongan gaji dan bayaran bulanan pinjaman tetap dibayar sejak ogos tahun 2015 lagi (anggaran RM1,000 hingga RM 2,000 sebulan) sedangkan rumah yang dibeli masih terbengkalai sehingga kini dan potongan gaji bulanan saya sebanyak RM1829.16. Pelbagai aduan, laporan dan panggilan bagi mendapatkan penjelasan kepada pihak pemaju sering kali MENDUKACITAKAN saya yang tidak diambil endah, sehinggakan saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas, keputusan mahupun status terkini projek perumahan tersebut.  Pihak kami terpaksa juga memohon Surat Pengesahan Projek Perumahan Bermasalah/Terbengkalai kepada KPKT Sarawak agar kadar faedah bayaran bulanan pinjaman bank/LPPSA dapat dikurangkan.

Aduan kepada pihak TRIBUNAL Perumahan Sarawak tidak dapat diteruskan memandangkan penyerahan hak milik rumah tersebut kepada pembeli masih belum dibuat. Peratusan “Claim” kepada pihak kerajaan mengenai status kemajuan pembinaan terkini pun telah mencapai 95%, tetapi pemaju masih gagal meneruskan projek ini. Persoalan ini juga timbul mengenai Pemantauan/Pembayaran/Penguatkuasaan oleh LPPSA  kepada pemaju, bagaimana pembayaran dibuat sedangkan projek pembangunan langsung tidak mencapai 50-60% siap dalam projek (dilihat mata kasar) tersebut sedangkan 95% pembayaran oleh LPPSA telah dibuat kepada pemaju (sila rujukan peratusan pembayaran yang telah dibuat LPPSA). Adakah LPPSA hanya bersandarkan pada dokumen tuntutan siap semata-mata oleh pemaju tanpa pemantauan projek?

Aduan melalui emel juga kepada Menteri KPKT Persekutuan, Ketua Menteri Sarawak, Menteri KPKT Sarawak, Ahli Parlimen Serian pada 2018 juga tidak juga terjawab sehingga kini. Kami dan pembeli-pembeli lain terpaksa mencari cara lain dengan melantik Peguam bagi membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi dengan mengemukakan pelbagai tuntutan terhadap pemaju. Kos lantikan peguam ini pun hampir mencecah RM 4000.00. Itu belum lagi kalau ada rayuan kes, berapa kos lagi perlu ditanggung oleh pembeli seperti kami.

Disini saya sertakan gambar-gambar rumah yang diambil tahun 2017 (bayangkan keadaan tahun 2019) tiada progress semenjak 2016 walaupun peratusannya telah mencapai 95% siap seperti yang dituntut. Masalah antara Pemaju dengan Pemilik tanah (Land Onwer) memberi kesan besar kepada semua Pembeli rumah projek ini dan yang menjadi mangsa adalah Pembeli. Rumah idaman yang diinginkan hanya tinggal kenangan. Kawasan perumahan kini menjadi semak samun dan tiada apa lagi yang nak diharapkan. Sudahlah menanggung kos pembayaran bulanan dan kadar faedah bank/LPPSA, ditambah pula dengan bayaran sewa rumah sekarang.

The post Projek Perumahan Fortune Park di Serian Terbengkalai appeared first on Aduan Rakyat Online.

Jambatan Kg Teresek, Repek, Pasir Mas Hampir Roboh

$
0
0

Saya mewakili pengguna jambatan Kampung Teresek ingin membuat aduan mengenai kerosakan teruk pada jambatan tersebut.

Jambatan ini menjadi laluan penting kepada penduduk kaum buddha (perkampungan) dan dua buah kampung melayu. Laluan ini adalah laluan harian untuk orang ramai ke sekolah, keluar ke pekan dan lain lain urusan.

Melihat kepada jambatan tersebut, keadaannya amat membimbangkan kerana pagar2 jambatan hampir roboh, berkarat dan dibawahnya terletak sungai. Ia nya sangat bahaya kepada pelajar2 yang berbasikal ketika waktu pagi untuk ke sekolah. Selain itu jambatan ni juga kecil dan hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja.

Jambatan ini memang sedia nampak ‘buruk’ namun baru2 (sebualan lepas) ini tiang2 jambatan tersebut mula tercabut. Hampir sebulan kejadian ini berlaku namun tiada inisiatif ataupun tindakan dari pihak berwajib.

Saya berharap usaha saya ini mendapat pertimbangan dari mana mana pihak untuk keselamatan kami bersama.

Sekian terima kasih

The post Jambatan Kg Teresek, Repek, Pasir Mas Hampir Roboh appeared first on Aduan Rakyat Online.

Parking di HUKM Terlalu Mahal

$
0
0

Berdasarkan perkara di atas, saya ingin membuat permohonan agar kadar parking di HUKM (bermuda 1 March 2019) dapat di kurangkan. Berdasarkan gambar di bawah, kadar baru adalah sebanyak rm3 setiap 1jam. Ini bermakna, saya terpaksa menanggung rm15 (untuk 5jam) bagi setiap lawatan / temujanji doktor di HUKM.

Berbanding dahulu rm5 (rm1 bagi 1jam). Lihat foto di bawah.

Saya sangat terkilan atas FAKTOR apa menyebabkan kadar parking bertambah, sedangkan kemudahan masih sama. Bukan nya ada pertambahan baharu, seperti contoh, Lift, tangga automatik (escalator), dan laluan berbumbung. Keadaan masih sama seperti kadar lama.

Saya harap pihak tuan dapat memperjuangkan nasib rakyat terutamanya rakyat bandar tun razak kerana kami mengundi anda demi kesenangan / kemudahan pihak rakyat bandar tun razak.

Saya juga berharap pihak tuan dapat menuntut pihak HUKM agar memberi penjelasan bagi perkara ini. Jika ini melibatkan tender (terbuka/tertutup), adalah perlu untuk pihak tuan meneliti kertas “bid evaluation” oleh pihak HUKM agar tiada unsur-unsur pecah amanah dan rasuah dalam hal ini.

Di harap tuan dapat membantu secepat mungkin.
Hospital adalah satu keperluan RAKYAT.
Kepada Allah swt kami berserah.

Yang benar,
Pemuda Bandar Tun Razak

The post Parking di HUKM Terlalu Mahal appeared first on Aduan Rakyat Online.

Kenaikan Elaun PPMS Kemas

$
0
0

Mohon kerajaan semak semula elaun saguhati buat ppms kemas. Hanya RM500 diberikan setiap bulan tetapi kami berkerja sama seperti yg lain. Kerja dari jam6.00 pagi sehingga jam 2 petang iaitu selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu. Pada cuti sekolah kami kena kerja juga.

Fokus kerja kami memerlukan komitmen tinggi. Nama saja SUKARELAWAN tetapi tak boleh bercuti tanpa sebab. Cuti tahunan 7 hari setahun. Dan jika ingin cuti kena sedia pengganti pada hr cuti tersebut. Dan pengganti kena bayar rm20 sehari.

Apabila guru tabika ada masalah tidak dapat hadir bertugas, kami kena ganti guru tersebut menjaga kanak2 dan dalam masa sa terpaksa menyediakan makanan kanak2 juga. Kerja kami tiada duduknya..tiada rehat sehingga jam2. Tapi elaun saguhati hanya setakat RM500. Dalam sebulan dapat lagi kah menampung perbelanjaan seharian keluarga. Mana lagi yang ada anak kecil. Ibu tunggal lagi. Sudahlah kena fokus 100% pada kerja, bila ada program kemas wajib hadirkan diri. KWSP pun tiada. Bayangkan ada yang pernah menjadi ppms selama 27tahun.. Tapi masa depan beliau untuk bersara sangat gelap kerana tiada kwspuntuk masa tua.

Harap sangat ppms diberi kenaikan dan pelarasan gaji minimum rm1100 sebulan yang telah dijanjikan oleh kerajaan dan ada potongan kwsp.

The post Kenaikan Elaun PPMS Kemas appeared first on Aduan Rakyat Online.


Keadaan Tasik Chini Yang Semakin Tercemar

$
0
0

Tasik Chini ialah Rizab Biosfera UNESCO sejak tahun 2009. Maklumat yang lebih terperinci boleh diperolehi di URL ini: http://www.unesco.org/new/en/natural-sciences/environment/ecological-sciences/biosphere-reserves/asia-and-the-pacific/malaysia/tasik-chini/

Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO ini semakin mengalami degredasi pada tahap yang amat membimbangkan. Audit oleh UNESCO terhadap Rizab Biosfera Tasik Chini akan berlangsung pada tahun 2019 ini. Tahap degredasi alam sekitar yang dialami oleh Tasik Chini pada masa ini boleh mengakibatkan Malaysia kehilangan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera UNESCO.

Malaysia hanya mempunyai dua sahaja Rizab Biosfera UNESCO iaitu Tasik Chini dan Banjaran Crocker di Sabah. Kehilangan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera UNESCO boleh menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia. Malaysia akan dianggap sebagai sebuah negara yang tidak memperdulikan alam sekitarnya dan ini bukan sahaja akan memberikan kesan dari segi alam sekitar (pencemaran alam semulajadi dan kesihatan manusia) dan sosial (imej negara) malah ke atas politik (hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara lain) dan ekonomi negara (hubungan/imbangan perdagangan antara Malaysia dan negara lain).

Justeru itu, sebagai seorang penyelidik bidang alam sekitar dan mewakili Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM yang amat prihatin terhadap keadaan semasa Tasik Chini, saya ingin menjemput pihak TV3 supaya turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada usaha untuk menghentikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan aktiviti pencemaran ke atas Tasik Chini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bersama-sama emel ini saya lampirkan berita-berita terkini di akhbar yang melaporkan keadaan Tasik Chini yang semakin tercemar oleh aktiviti-aktiviti yang tidak bertanggungjawab/mesra alam di kawasan Tasik Chini.

Saya mengalu-alukan maklum balas daripada pihak TV3. Segala bentuk kerjasama yang dapat dihulurkan oleh pihak TV3 untuk membantu menangani isu ini saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Wassalam,
Mashitoh Yaacob
Penyelidik PPTC UKM

The post Keadaan Tasik Chini Yang Semakin Tercemar appeared first on Aduan Rakyat Online.

Jangan Tutup Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mewakili ibubapa yang menghantar anak ke Sekolah Rendah Umar Abdul Aziz yang bertempat di dalam Masjid Negara KL memohon dan merayu kepada pihak kerajaan Malaysia untuk selamatkan sekolah anak-anak kami dari di tutup.

2. Kami selaku ibu bapa bagi anak-anak yang belajar agama di sekolah tersebut MEMBANTAH keputusan tersebut yang dilihat tidak adil kepada anak-anak untuk mempelajari ilmu agama. mereka telah lama mengikuti sekolah agama di Masjid Negara. Bagaimana sebuah sekolah agama boleh dibiarkan ditutup tanpa diselesaikan mengikut cara yang betul? Bagaimana nasib anak-anak kami?.bukan satu benda yang senang untuk mencari sekolah agama yang lain disekitar disebabkan bilangan sekolah yang terhad untuk menampung bilangan pelajar yang ramai.

3. Pelbagai usaha dilakukan oleh wakil ibubapa untuk memperjuangkan isu ini supaya sekolah agama ini dapat dikekalkan dan nasib anak-anak kami terbela tetapi dipandang sepi oleh semua pihak. Masa semakin suntuk dan harapan kami amat tinggi agar pihak tuan dapat mengetengahkan isu penutupan sekolah agama kami agar mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak-pihak yang terbabit.

4. Akhir kata harapan kami agar perhatian dan rintihan kami di ambil berat oleh semua pihak demi masa depan anak-anak kami yang beragama Islam. sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ibubapa pelajar
Sekolah Rendah Umar Abdul Aziz
Masjid Negara KL

The post Jangan Tutup Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz appeared first on Aduan Rakyat Online.

Perlu Penyelesaian Masalah Air di Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada aduan rakyat kerana menyediakan platform ini untuk kami membuat aduan.

Saya mewakili rakyat di kawasan Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai Kedah Darul Aman ingin menarik perhatian pihak aduan rakyat berkaitan masalah air yang telah kami hadapi selama ini.

Untuk makluman, setiap tahun perkara yang sama berlaku apabila tiba musim kemarau. Namun, apa yang saya harapkan ada tindakan jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah untuk menyelesaikan masalah air di kawasan ini. Tindakan jangka pendek telah dibuat dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran air melalui lori terus ke rumah-rumah. Saya difahamkan bahawa loji tapisan air di Tupah menunjukkan bacaan isipadu air yang kurang menjelang musim kemarau. Namun, tindakan segera perlu dilakukan oleh kerajaan negeri memandangkan isu ini sudah lama berlaku tetapi masih belum selesai dan melibatkan keperluan asas kepada semua penduduk.

Bagi saya, kerajaan negeri tidak perlu mencanangkan projek mega yang bakal dilaksanakan yang melibatkan jutaan ringgit, namun nasib rakyat marhaen seperti kami tidak dibela.Keperluan asas tidak dipenuhi.Apa yang kami perlukan adalah penyelesaian kepada masalah air kami. Janji demi janji telah ditaburkan oleh wakil rakyat .Namun, tiada tindakan jangka panjang yang dapat dilihat untuk masalah ini.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengambil tindakan segera terhadap masalah yang membelenggu kami sehingga ke hari ini.

Sekian, terima kasih.

– aziyah

The post Perlu Penyelesaian Masalah Air di Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai appeared first on Aduan Rakyat Online.

Pencemaran Udara: Aduan Bau Busuk di Pasir Gudang

$
0
0

Salam Sejahtera,

Dengan ini saya ingin mengadu kepada pihak Aduan Rakyat berkaitan dengan pencemaran bau busuk di kawasan sekitar tempat kerja.

Saya bekerja di syarikat Slag Cement (Southern) Sdn Bhd lebih dari 10 tahun, ini adalah kali pertama saya menghidu bau yang busuk dan sangat kurang menyenangkan. Kawasan saya bekerja terletak kira-kira 50 meter dari kilang tersebut.

Bau ini telah berlarutan selama 5 minggu dan sehingga hari ini masih boleh dihidu oleh saya dan rakan-rakan sekerja.

Saya khuatir bau busuk ini akan memberi kesan keatas kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang. Sepanjang saya menghidu bau ini, saya mengalami simptom-simptom seperti, loya, pening, mengantuk dan perit hidung.

Pihak syarikat kami telah membuat aduan kepada Lembaga Pelabuhan Johor (Johor Port) dan mengikut siasatan, mereka mendapati bau ini telah dikeluarkan oleh syarikat seperti di bawah.

Pihak Johor Port menasihati kami untuk memanjangkan aduan ini kepada pihak berkuasa tempatan ( Majlis Perbandaran Pasir Gudang).

Kemudian pihak syarikat kami telah menghantar aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan sehingga kini tiada tindakan susulan diambil dari pihak berkenaan.

Secara peribadi saya dan rakan telah menghantar aduan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 14/03/2019 No. Aduan 910162 dan 284287 masih tiada tindakan lanjut dari pihak berkenaan.

Selain itu, saya dan rakan-rakan juga telah mengambil inisiatif untuk membuat tinjauan dan mendapati kilang tersebut yang mengeluarkan bau busuk yang sama.

Disertakan foto kilang tersebut untuk makluman pihak tuan.

Di harap pihak Aduan Rakyat dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin bagi mengekalkan kualiti udara yang sihat kepada kita semua.

Pihak Aduan Rakyat boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Sekian terima Kasih

– L

The post Pencemaran Udara: Aduan Bau Busuk di Pasir Gudang appeared first on Aduan Rakyat Online.

Teraniaya Dengan Kadar Caj Air Melampau Pihak SYABAS

$
0
0

Saya ingin melaporkan akan masalah yang berlaku di Pangsapuri Sri Mutiara, Taman Ukay Bistari yang merasa teraniaya dengan Pihak SYABAS.

Pihak SYABAS telah mengenakan caj yang melampau terhadap penggunaan air di sini. Caj dan kod takrif air yang di kenakan adalah tidak bersesuaian langsung terhadap kawasan PPR.

Pangsapuri ini telah di migrasi sepenuhnya oleh pihak Syabas dan semua penduduk memiliki meter individu Syabas sendiri di bawah kod takrif 10 (Domestik). Manakala pihak Badan Pengurusan pula membayar caj meter pukal Syabas bertakrif kod 11 (Industri).Pihak Badan Pengurusan ini juga adalah penduduk di sini dan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran yang berkaitan bangunan. Oleh itu boleh di katakan kami adalah wakil kepada penduduk.

Persoalannya adalah caj air yang di kenakan kepada setiap unit telah di migrasi oleh SYABAS di sini adalah RM 0.57 dan di bayar terus kepada Pihak SYABAS. Tetapi mengapa pula pihak Badan Pengurusan yang menguruskan meter pukal bangunan terpaksa menanggung caj untuk industri (Kod Takrif 11) ? Walhal kami adalah satu projek PPR (Pangsapuri Kos Rendah) yang mempunyai kod takrif sendiri iaitu kod takrif 18. Sepatutnya kami di kenakan caj RM 0.80 bagi setiap penggunaan air di sini.

Walaupun pihak Badan Pengurusan yang akan terkesan daripada tindakan SYABAS ini tetapi harus di fikirkan bahawa wang untuk membayar semua caj air dari meter pukal adalah daripada wang yang di terima terus dari wang penyelenggaraan penduduk di sini.

Justeru itu kami merasa terbeban dengan caj yang di kenakan kerana penggunaan meter pukal itu di gunakan hanya kepada pihak Surau, tempat sampah dan beberapa batang paip sahaja tetapi kami terpaksa menanggung pembayaran bulanan hampir RM 3,000 tanpa gagal. Agak merungsingkan kerana kami juga mempunyai hutang piutang yang lain harus di selesaikan.Sedangkan wang kutipan caj penyelenggaraan adalah tidak memberangsangkan.

Kerisauan kami di sini adalah apabila kami sudah tidak mampu untuk membayar lagi dan secara otomatiknya akan berlaku permotongan bekalan air dari pihak terlibat. Kerugian adalah kepada penduduk sendiri kerana meter pukal yang akan di potong bekalannya.

Justeru itu saya ingin meminta kepada sesiapa yang boleh membantu kami dalam menyelesaikan masalah kami ini kerana kami merasa teraniaya dan terbeban dengan tindakan pihak terbabit.

Kami sudah tidak tahu kepada siapa lagi perlu di adukan masalah ini kerana seperti tiada jawapan pasti daripada mana-mana jabatan yang terlibat setelah kami ajukan masalah ini kepada mereka.

Kami berharap ada pihak yang dapat membantu kami setelah di adukan di sini.

Sekian Terima Kasih,

JMB Pangsapuri Sri Mutiara,
Taman Ukay Bistari

The post Teraniaya Dengan Kadar Caj Air Melampau Pihak SYABAS appeared first on Aduan Rakyat Online.

Viewing all 333 articles
Browse latest View live